I made this widget at MyFlashFetish.com.

1. KAMPONG SUNGAI MATAN


PENGENALAN

Kampong Sungai Matan merupakan salah sebuah Kampong yang terkandung di dalam Mukim Kota Batu.
Kampong ini ada lah sebuah perkampongan yang dirikan di antara separuh air dan separuh daratan yang terletak dipinggir Sungai Brunei. Jaraknya antara Bandar Seri Begawan ialah 8 kilometer dan Keluasan Kampong ini ialah 0.36 kilometer persegi. Kampong ini boleh dikunjungi melalui Jalan Raya atau Sungai.. Kampong ini ‘diapit’oleh Kampong Datu Gandi dan Kampong Serdang. Dan mengikut susunan rumah-rumah yang dibina mengikut di tepi Sungai Brunei menghala hutan bakau yang terletak di Pulau Berambang.


SEJARAH KAMPONG SUNGAI MATAN

Mengikut Sejarah cerita dan dari mulut orang tua-tua dahhulu, Kampong Sungai Matan dikenali jua sebagai Kampong Pengkalan Gua.Ia di panggil Pengkalan Gua kerana Penduduk Kampong Belimbing akan turun berjual hasil tanamannya ke Kampong Sungai Matan. Mereka akan berhimpun di Pengkalan Gua sambil menjual hasil tanaman mereka. Pengkalan Gua betul-betul disempadan Kampong Datu Gandi (Tanjung Gua) dan disitu terdapat sebatang sungai. Dihulu Sungai tersebut terdapat sepohon pokok Matan yang besar. Pokok matan ini selalu berbuah lebat dan manis pula isinya. Apabila musim berbuah, buah matan uang masak akan jatuh ke sungai dan dibawa harus ke muara sungai. Maka di sinilah penduduk kampong akan mengambil dan memutik buah tersebut sebelum harus membawa kehulu sungai. Maka bersempana dengan pokok buah matan dan sungai tersebut, Kampong ini digelarkan Kampong Sungai Matan oleh penduduknya hingga kekal hari ini.
Menyingkap pada lembaran sejarah silam di tahun-tahun 60’an sehingga tahun 80’an Kampong Sungai Matan begitu terkenal dengan pelbagai perusahaan ‘kotej’ yang di ungkayahkan oleh penduduk-penduduk kampong,contoh paling katara ialah perusahaan menyalai IKAN TAHAI (tidak lagi dipraktikkan.),membuat Belacan, melumai ikan masin,membuat udang kering,memburis perahu dan membuat makanan tradisi seperti kueh Ardam,Cicin, Madu Kesirat,Tapaidan lain-lain lagi.Asas dari keperluan hidup seharian Kampong ini telah menjadikannya antara destinasi dan salah sebuah pusat bagi para ‘Pengalu’ bertukar-tukar barang yang kebanyakannya datang dari Kampong Belimbing,Subok.





KETUA KAMPONG SUNGAI MATAN



PENGIRAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN PEBNGIRAN HAJI ZAINAL


SMB,PJK,PIKB,PKL


Ketua Kampong Sungai Matan / Pemangku Ketua Kampong

Perumahan Sungai Bunga / Tanjung Kindana


Dilantik 10 JULAI 2006





Penerimaan Bintang Kehormat SERI MAHKOTA BRUNEI pada tahun 1980



0 comments:

 


KAMPONG SUNGAI MATAN - Templates Novo Blogger 2008
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates