I made this widget at MyFlashFetish.com.

3. KARNIVAL MATAN 2007

PENGENALAN

KARNIVAL MATAN 2007 ini merupakan kegiatan julong-julong kali diadakan dan di anjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan, Mukim Kota Batu, Negara Brunei Darussalam. Karnival Matan 2007 ini mengandongi berbagai acara-acara dan aktiviti yang berprinsipkan atau berkonsepkan ciri-ciri PEREKONOMIAN, KEMESYARAKATAN, KEBUDAYAAN, KESUKANAN DAN PENDIDIKAN. Acara-acara dan aktiviti-aktiviti berkenaan secara dasarnya akan menampilkan penyertaan semua Penduduk-Penduduk Kampong Sungai Matan dan juga Agensi-agensi Kerjaan dan Swasta.





TUJUAN

• Untuk memperkenalkan Kampong Sungai Matan kepada orang ramai dan Pelancong dalam Negeri dan Luar Negeri.
• Untuk meningkatan perekonomian Penduduk-Penduduk Kampong Sungai Matan melalui perniagaan kecil-kecilan daripada :-
- Sektor Penjualan Ikan Segar/ Udang segar
- Sektor Penjualan Buah-buahan dan Sayor-sayoran
- Sektor Pembuatan Belacan, Udang Kering dan Makanan Tradisi Tempatan.
• Untuk memperkenalkan hasil produk-produk keluaran Penduduk-Penduduk Kampong Sungai Matan
• Untuk menambah Tabong Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan
• Untuk mengeratkan hubongan silatulrahim diantara Penduduk-Penduduk Kampong Sungai Matan dengan peserta-peserta dan orang ramai di Negara ini.
• Untuk mengalakan dan mempromosikan aktiviti-aktiviti riadah sambil membeli belah.





0 comments:

 


KAMPONG SUNGAI MATAN - Templates Novo Blogger 2008
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates