I made this widget at MyFlashFetish.com.

3. KARNIVAL MATAN 2007

PENGENALAN

KARNIVAL MATAN 2007 ini merupakan kegiatan julong-julong kali diadakan dan di anjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan, Mukim Kota Batu, Negara Brunei Darussalam. Karnival Matan 2007 ini mengandongi berbagai acara-acara dan aktiviti yang berprinsipkan atau berkonsepkan ciri-ciri PEREKONOMIAN, KEMESYARAKATAN, KEBUDAYAAN, KESUKANAN DAN PENDIDIKAN. Acara-acara dan aktiviti-aktiviti berkenaan secara dasarnya akan menampilkan penyertaan semua Penduduk-Penduduk Kampong Sungai Matan dan juga Agensi-agensi Kerjaan dan Swasta.





TUJUAN

• Untuk memperkenalkan Kampong Sungai Matan kepada orang ramai dan Pelancong dalam Negeri dan Luar Negeri.
• Untuk meningkatan perekonomian Penduduk-Penduduk Kampong Sungai Matan melalui perniagaan kecil-kecilan daripada :-
- Sektor Penjualan Ikan Segar/ Udang segar
- Sektor Penjualan Buah-buahan dan Sayor-sayoran
- Sektor Pembuatan Belacan, Udang Kering dan Makanan Tradisi Tempatan.
• Untuk memperkenalkan hasil produk-produk keluaran Penduduk-Penduduk Kampong Sungai Matan
• Untuk menambah Tabong Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan
• Untuk mengeratkan hubongan silatulrahim diantara Penduduk-Penduduk Kampong Sungai Matan dengan peserta-peserta dan orang ramai di Negara ini.
• Untuk mengalakan dan mempromosikan aktiviti-aktiviti riadah sambil membeli belah.





2. CABARAN PANCING 2006

PENGENALAN

Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan (MPKSM) dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Sukan Kampong Sungai Matan (BKS KASUMA) akan mengungkayahkan CABARAN PANCING 2006 salah satu aktibiti tahunan. Aktibiti serupa ini telah pernah diadakan sebanyak empat kali iaitu PANCING 1999, PANCING 2001 dan diubah suai namanya ialah CABARAN PANCING 2003 dan CABARAN PANCING 2006 bertempat di Jambatan Kampong Sungai Matan. Pada tahun ini kita juga memilih tempat yang sama dan aktibiti ini dinamakan CABARAN PANCING 2007/2008.








TUJUAN

• Untuk memperkenalkan Kampong Sungai Matan Kepada orang ramai dan Pelancong- Pelancong dalam Negeri dan luar Negeri.
• Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan bersetuju supaya hasil kutipan CABARAN PANCING 2007 ini dibahagi dua seperti berikut:
- Derma untuk Anak
- Anak Yatim Kampong Sungai Matan
- Tabong kewangan Majlis perundingan Kampong Sungai Matan...

OBJEKTIF

• Memancing sambil menderma
• Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara Penduduk-Penduduk Kampong Sungai Matan dengan peserta-peserta dan peminat-peminat pancing dan orang ramai di Negara ini
• Untuk mengalakan dan mempromosikan aktibiti-aktibiti riadah sambil memancing
• Untuk memperkenalkan hasil produk keluaran Penduduk Kampong Sungai Matan
• Meningkatkan hasil pendapatan melalui jualan hasil produk keluaran Penduduk Kampong Sungai Matan













1. KAMPONG SUNGAI MATAN


PENGENALAN

Kampong Sungai Matan merupakan salah sebuah Kampong yang terkandung di dalam Mukim Kota Batu.
Kampong ini ada lah sebuah perkampongan yang dirikan di antara separuh air dan separuh daratan yang terletak dipinggir Sungai Brunei. Jaraknya antara Bandar Seri Begawan ialah 8 kilometer dan Keluasan Kampong ini ialah 0.36 kilometer persegi. Kampong ini boleh dikunjungi melalui Jalan Raya atau Sungai.. Kampong ini ‘diapit’oleh Kampong Datu Gandi dan Kampong Serdang. Dan mengikut susunan rumah-rumah yang dibina mengikut di tepi Sungai Brunei menghala hutan bakau yang terletak di Pulau Berambang.


SEJARAH KAMPONG SUNGAI MATAN

Mengikut Sejarah cerita dan dari mulut orang tua-tua dahhulu, Kampong Sungai Matan dikenali jua sebagai Kampong Pengkalan Gua.Ia di panggil Pengkalan Gua kerana Penduduk Kampong Belimbing akan turun berjual hasil tanamannya ke Kampong Sungai Matan. Mereka akan berhimpun di Pengkalan Gua sambil menjual hasil tanaman mereka. Pengkalan Gua betul-betul disempadan Kampong Datu Gandi (Tanjung Gua) dan disitu terdapat sebatang sungai. Dihulu Sungai tersebut terdapat sepohon pokok Matan yang besar. Pokok matan ini selalu berbuah lebat dan manis pula isinya. Apabila musim berbuah, buah matan uang masak akan jatuh ke sungai dan dibawa harus ke muara sungai. Maka di sinilah penduduk kampong akan mengambil dan memutik buah tersebut sebelum harus membawa kehulu sungai. Maka bersempana dengan pokok buah matan dan sungai tersebut, Kampong ini digelarkan Kampong Sungai Matan oleh penduduknya hingga kekal hari ini.
Menyingkap pada lembaran sejarah silam di tahun-tahun 60’an sehingga tahun 80’an Kampong Sungai Matan begitu terkenal dengan pelbagai perusahaan ‘kotej’ yang di ungkayahkan oleh penduduk-penduduk kampong,contoh paling katara ialah perusahaan menyalai IKAN TAHAI (tidak lagi dipraktikkan.),membuat Belacan, melumai ikan masin,membuat udang kering,memburis perahu dan membuat makanan tradisi seperti kueh Ardam,Cicin, Madu Kesirat,Tapaidan lain-lain lagi.Asas dari keperluan hidup seharian Kampong ini telah menjadikannya antara destinasi dan salah sebuah pusat bagi para ‘Pengalu’ bertukar-tukar barang yang kebanyakannya datang dari Kampong Belimbing,Subok.





KETUA KAMPONG SUNGAI MATAN



PENGIRAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN PEBNGIRAN HAJI ZAINAL


SMB,PJK,PIKB,PKL


Ketua Kampong Sungai Matan / Pemangku Ketua Kampong

Perumahan Sungai Bunga / Tanjung Kindana


Dilantik 10 JULAI 2006





Penerimaan Bintang Kehormat SERI MAHKOTA BRUNEI pada tahun 1980



 


KAMPONG SUNGAI MATAN - Templates Novo Blogger 2008
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates